Thursday, August 26, 2010

Sila sign Petisyen online Misi Munajat Royalti Rakyat

Sila sign Petisyen online menyokong perjuangan rakyat kelantan menuntut royalti minyak melalui Misi Munajat Royalti Rakyat di http://www.munajatroyalti.com/sokong

laman web utama : http://www.munajatroyalti.com
blog: http://munajatroyalti.blogspot.com
email: munajatroyalti@yahoo.com


terima kasih.
Sekteratiat Misi Munajat Royalti Rakyat

Wednesday, August 25, 2010

Royalti: Sah, Kelantan saman Petronas

KOTA BHARU, 25 Ogos: Mesyuarat exco kerajaan negeri Kelantan hari ini memutuskan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Petronas ekoran kegagalannya membayar royalti negeri itu seperti termaktub dalam perjanjian.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa berkata, kerajaan negeri akan mengemukakan fail writ saman terhadap Petronas pada 30 Ogos ini.

“Writ saman ini dibuat selepas ianya mendapat keputusan pada mesyuarat exco tadi,” ujarnya.

Katanya, saman berkenaan akan dibuat di Mahkamah Tinggi Jalan Duta, Bahagian Perdagangan kira-kira pukul 9.30 pagi.

Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Timbalannya, Datuk Ahmad Yaacob, juga dijangka akan hadir.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat exco, di Kota Darulnaim, di sini sebentar tadi.

Pada masa yang sama, Husam turut menyeru rakyat Kelantan serta warga prihatin terhadap tuntutan itu hadir pada hari tersebut.

Ketika ditanya, beliau memberitahu mesyuarat sebentar tadi hanya membincangkan perkataan-perkataan yang perlu disebut dalam saman terbabit.

Bagaimanapun, jumlah tuntutan tidak dibincangkan dan menyerahkan kepada mahkamah.

“Kita tak bincang pasal jumlah tututan kita, itu terpulang pada mahkamah lah nanti,” ujarnya.

Sementara itu, turut dimaklumkan satu majlis solat hajat dan sidang media akan diadakan di Masjid Wilayah Pesekutuan, Jalan Duta selepas urusan memfailkan saman tersebut selesai.

Harakah Daily: 40 ulama ketuai Munajat Royalti Kelantan

Berita mengenai Misi Munajat Royalti Rakyat disiarkan di Harakahdaily serta pelbagai laman web berita , forum dan blog-blog.

KOTA BHARU, 25 Ogos:
Seramai 40 ulama akan mengetuai Munajat Royalti Kelantan bagi memohon tuntutan hak royalti minyak kerajaan negeri itu dikembalikan kerajaan Pusat.

Program secara berkala yang dijangka bermula Disember ini adalah dianjur sekretariat khas royalti yang di bawah Gerakan Bertindak Kebalikan Royalti Minyak (Gegar).

Ketua NGO itu, Md Zulaimi Kazin, dalam sidang medianya memberitahu sebahagian besar anggota mereka disertai oleh para ulamak dari beberapa buah pondok, terutama dari Madrasah Diniah Bakriah, Pondok Pasir Tumbuh.

Menurutnya, seketeriat yang dipengerusikan Tuan Guru Hussin Ibrahim, dari Pondok Lubuk Tapah Pasir Mas itu, diadakan bertujuan untuk menyampaikan mesej rakyat menuntut royalti itu melalui golongan ulamak.

Ujarnya, 40 ulama yang akan menyertai misi ini dipilih berdasarkan jasa dan khidmat yang dicurahkan bagi pembangunan ilmu agama di negeri Kelantan.

“ Pemilihan ulama tersebut di buat dari kalangan ulama dipondok-pondok, ulama kawasan dari Dewan Ulama PAS dan ulama di kalangan ahli akademik,” ujarnya lagi.

Tambahnya, para ulama berkenaan juga akan mendoakan kelancaran proses tuntutan di mahkamah sekiranya tuntutan itu dibawa ke peringkat tersebut.

“Paling penting misi ini akan menyampaikan mesej yang jelas kepada kerajaan Pusat dan Petronas bahawa rakyat Kelantan turut bangkit menuntut hak mereka.

40 ulama tersebut juga katanya akan mendoakan dan bermunajat secara individu selama 40 hari berturut-turut di Kelantan dan kemuncak munajat akan dilakukan selama 40 waktu di Baitullah di Makah.

Sehubungan itu, semua warga negara yang perihatin terutama rakyat Kelantan diseru menyalurkan sumbangan untuk menjayakan program tersebut.

Kutipan sumbangan akan bermula 1 Syawal bersamaan 10 September sehingga 30 November ini. - Harakah

Kunjungan ke Pejabat Menteri Besar Kelantan

Tuesday, August 24, 2010

Selamat datang ke Blog Munajat Royalti Rakyat

Selamat datang ke Blog Munajat Royalti Rakyat

Blog ini adalah Blog bagi satu medium komunikasi rasmi Tabung Misi Munajat Royalti Rakyat".

Misi Munajat 40 Ulama Kelantan ke Baitullah untuk tuntutan Hak Royalti Minyak Rakyat Kelantan.

- Sekretariat Tabung Misi Munajat Royalti Rakyat